BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, March 19, 2011

Cinta Pertama Datang Kembali

In the name Of Alllah...selamat pagi semua..Assalamualaikum...

rase rindu plak bile dah lame x update blog yg dah lame di tinggalkan nie...biasela adat org berkerjaya, siang malam kerja nak cari rezeki kan...x sempat nak lakukan sume tue..hehe..

Kali nie sy juz nak update one intresting story about love...ape perasaan korg bile cinta pertama tue dtg kembali???mesti jiwa jadi kacau kan...xtenteram...bak kate org..cinta pertama memang susah nak dilupekan..walaupon dah ade penggantinye,tp tetap xsame cam cinta pertama...skrang nie sy plak tengah merasainye..waduh..tertekan..aku jadi dalam dilema..anatara cinta pertama dengan cinta yang mmg dah sedia ada skarang nie..tp rasenye,sy terpaksa lupekan cinta pertama tue sbb die dah jd tunang org pon..walaupon hati nie masih sygkan die,tp mungkin dah xde jodoh kan..tue la,bile due2 hati masih syg,tp xdapat bersama,mungkin ade hikmahnye...

Cinta pertama sy tue mmg calonnye cukup hebat...bemule dengan gelaran adik angkat,lama2 kitorg rapat dan masing2 ade prasaan cinta kat dalamnye..hampir 8 tahun kami kenal..walaupon jarang2 contact sbb die xde kat malaysia nie,tp once bile dpt contact,mengalahnkan org bercinta lagaknye..tp masalahnye die tue tunang org..sy tetap hadkan batasan antara hubungan kitorg skarang nie..sy anggap die cam abg je skarang nie walaupon hati nie sbanrnya tak anggap cm2 pon..die pon ckap cm2 jgk..tp xtaula hatinye cmne kan..lelaki...ayat manis tue pandai je nak aturnye..hehe...

Baru2 nie nie kami berhubung smule after nearly to 3 month kitorg x contact...sy mmg rase bengang la kat die sbb hilang tetibe je..tp bile fikir sy dah ade org lain dan die pon bukan bf sy pon,akhirnye aku jd xkesah dah..dah lali pon ngan sikap die tue..macam biskut..kejap ade,kejap hilang...lastly die dah xde care nak cr sy cmner dah,die add la kat ym gne id name pompuan..yg sy nie plak xtahu yg tue adelah die,juz accept je la..jiwe tngah tenang bersama kekasih skarang..tetibe jd bercelaru bile tahu yg tue sbanye adelah die...die cume harap sy dpt maafkan die krane die nak terbang jauh smule lpas nie...hati pompuan kan,cepat mengalah..aku yg mulenye keras hati xnak reply lgsung mesej die kat ym tue tetibe jd lembut hati dan ringan je tangan nie nak eplynye..wah.dah tahap parah aku nie..

Die ckap nk fly jumaat nie..aku pon kesian kat die..aku pon call la die biledie ade tggalkan no phone msia die..pas dga suare sy,gembira xterkate...die menanges plak kat sy bile tringatkan kenangan lame antara kitorg..mulut die plak dah berjuta ksli pohon maf sbb hilang cm2 je dr hidup sy sbelum nie...aku igat ag kata2 die..."Iena cinta pertama abg,iena juga perempuan pertama yg berjaya menarik perhatian abg,abg janji xkan lupekan iena smpai bile2"..Wah terharunye aku denga ayat2 die tue...Dalam hati tros ade taman..hahaha..

Tapi aku rase bersalah plak dengan bf aku skarang nie...hati nie masih sygkan die,tp adekah aku sygkan die sbb kecewa dengan cinta pertama aku dulu tue???aku keliru dan masih xtahu jawapannye..tp kalau aku sedih, die la pnawarnye,die la penemannye..mungkin aku patut hargai die dan terima hakikat bahawa cinta pertamaku buakn lagi milikku...die milik org lain..Aku pasti Allah yg lebih berkuasa mengatur segala yg terbaik buat hambanya...Aku redha menerima dugaanMu Ya Allah...

Monday, March 22, 2010

SEJeNaK dI pULAu PaNGkOr




hari Khamis baru comfirmkan nak g Pulau Pangkor nie..tp x decide ag btol2 nak g or tak...hati berbelah bahagi coz report fyp suppose to be submitted on monday...adoyai..nak g ke tak...tp memandangkan ade cik abg yg g skali...g jgkla..
agpon dpt experience kat sne..walaopun dkat je ngn umah,,tp dah lame x g sane kan..hehe..dpe la tgk keadaan Pulau Pangkor skang nie cmner...

On the day...
hahaha..gembira sgt smpai x tido malam sbb kne siapkan report fyp..bkannye ape..takot x sempat nak siap je nnti...so pg tue bgn awalla sbb beg pon x kemas lg...hah..jam da pkol 7 pg...report x ciap ag...beg x kemas ag..
cpatnye mase berlalu...terkocoh2 la g mandi...pastue tros kmas beg...erm jnji ngn cik abg jumpe kat bwh tkun je...

Dlm bus..
alamak..x de tempat kosong kat blakang..terpaksela dok seat kat dpan skali dlm bus tue...apela nasib aku spanjang kursus nie nnti...huhuhu..adkah spt yg diinginkan atau sbaliknye...

skang x sempat nak update ag..nntila sy proceed the story...agak2 anda sume ape nasib sy ye...

Wednesday, March 17, 2010

Budak suka main video susah belajar

Tiada peningkatan prestasi di sekolah: Kajian

SPOKANE: Satu kajian baru mendapati budak lelaki yang mempunyai alat mainan video tidak menunjukkan perkembangan cepat di sekolah berbanding pelajar lain yang tidak memiliki peralatan berkenaan.

“Markah penulisan dan bacaan secara purata di kalangan pemain video tidak merosot, tetapi tidak menunjukkan peningkatan,” kata Robert Weis dari Universiti Denison di Ohio, penulis bersama kajian berkenaan. “Bagi kanak-kanak tanpa permainan, markah mereka meningkat mengikut peredaran masa. Bagi pelajar yang sentiasa bermain mainan video, markah mereka tetap stabil, tetapi tiada perkembangan dalam bacaan dan penulisan,” kata Weis.

Kajian terbabit mendapati bahawa pemain video menghabiskan selama 40 minit setiap hari bagi PlayStation II akan mengurangkan masa belajar dan aktiviti sosial mereka.

“Kanak-kanak tanpa permainan berkenaan di rumah memperuntukkan secara purata sembilan minit sehari untuk permainan video, biasanya di rumah rakan,” kata kajian terbabit.

Seorang pegawai Persatuan Perisian Permainan (sebuah kumpulan perdagangan pembuat permainan video) berkata, keputusan kajian itu bukan sesuatu mengejutkan, tetapi tidak juga membimbangkan.
“Adakah sesiapa terkejut kanak-kanak lebih cenderung bermain permainan video baru atau permainan atau basikal baru berbanding yang lama?” kata Naib Presiden Kanan bagi kumpulan komunikasi terbabit, Richard Taylor.

Weis mengakui pentingnya satu kajian dibuat bagi memperoleh kesan jangka panjang memiliki permainan video.

“Mungkin selepas setahun mereka menjadi kurang berminat atau tidak lagi sentiasa bermain dengannya,” kata Weis, walaupun budak lelaki dalam kajian beliau tidak menunjukkan sebarang penurunan dalam tempoh empat bulan.

Kanak-kanak perempuan terkecuali daripada kajian kerana penyelidik bimbang mereka tidak bermain permainan video secukupnya bagi menghasilkan keputusan yang lebih tepat dan menyeluruh. – AP

Saturday, March 13, 2010

Wanita kahwin lewat risiko dapat anak cacat

ALOR SETAR – Trend wanita berkahwin lewat pada masa ini didakwa meningkatkan risiko kelahiran anak yang cacat atau sindrom Down.

Penaung Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM), Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kebanyakan wanita kini sibuk menguruskan kerjaya sehingga semakin ramai mengambil keputusan berkahwin lewat.

“Kita kagum dengan kejayaan mereka tetapi kita juga risau kesan sampingan jika mereka kahwin pada usia lewat 30-an dan ke atas kerana risiko anak yang dilahirkan tidak normal adalah tinggi,” katanya.

Pemalsuan sejarah awal di Georgetown

Oleh A Murad Merican
murad@perdana.org.my
2010/03/14
Pengiktirafan Tapak Warisan Dunia padam warisan Melayu di Pulau Pinang

IMEJ budi dan jiwa Melayu terserlah dan tersebar luas di serata dunia bagaikan menyuluh dalam terang kecuali di Pulau Pinang. Pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) kepada Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia adalah satu pemalsuan sejarah. Ia memadamkan alam Melayu dan Islam itu sendiri di sebuah rantau yang dulunya sebahagian daripada Kesultanan Kedah.
Batu Uban dan Tanjong Tokong juga warisan sejarah Melayu dan negara. Kedua-dua penempatan ini adalah manifestasi sejarah hidup alam Melayu. Kedua-dua penempatan ini memainkan peranan yang kritikal dalam membangunkan Tanjung dan menyumbang kepada warna kehidupan ekonomi dan budaya Georgetown itu sendiri. Antara mereka yang berasal dari sekitar Batu Uban dan Jelutong (juga sebuah penempatan Melayu awal) ialah Syed Mohamad Alatas. Alatas Mansion yang terletak di Armenian Street memuatkan Muzium Islam Pulau Pinang (muzium haji) pernah dimiliki Syed Mohamad, yang pada lewat abad ke-19 terbabit dalam pergerakan antipenjajahan Belanda dalam alam Melayu.

Seorang lagi yang terkenal di Pulau Pinang pada satu masa dulu ialah Syeikh Aziz Yamani, yang pernah memiliki sebuah rumah warisan di Hutton Lane yang akan menempatkan Muzium Melayu. Syeikh Aziz berasal dari Jelutong, dan Batu Uban. Kedua-dua adalah keturunan Melayu-Islam awal yang menerokai Pulau Pinang sebelum kedatangan Inggeris.

Saya sangsi apakah Unesco dimaklumkan kewujudan alam Melayu Pulau Pinang ketika menilai tapak warisan Lebuh Acheen-Armenia dan kawasan sekitarnya? Ini bukan soal fakta. Fakta dan maklumat sudah wujud. Ini bukan soal bukti. Cuma bukti sejarah itu dipinggirkan. Ini soal representasi – paparan dan bagaimana Melayu ditonjolkan (atau tidak) dalam sejarah Pulau Pinang, sejarah negara dan sejarah dunia.

Orang Melayu awal Pulau Pinang biasanya disebut sebagai gerombolan nelayan yang singgah atau disebut bahawa mereka datang dari Kedah. Paparan itupun salah. Mereka memang orang Kedah. Saya beri satu contoh paparan. Kali ini dalam brosur American Express – Penang Heritage Trail. Rujukan kepada Melayu di pulau ini dibuat di bawah bahagian ‘200 Years of Multicultural History’. Perenggan pertama ditulis seperti berikut: Penang was part of the Sultanate of Kedah until Captain Francis Light established the British trading post... Light first landed in 1786. He supposedly encouraged the local inhabitants to clear the ironbwood trees by firing coins out of the cannon into the forested swamp.

(Terjemahan: Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kesultanan Kedah sehingga Kapten Francis Light menubuhkan pusat perdagangan British. Light mula mendarat pada 1786. Beliau kononnya menggalakkan penduduk tempatan menebang pokok cengal dengan menembak meriam menggunakan wang syiling ke atas kawasan hutan paya itu).

Daripada petikan itu, kita lihat percanggahan yang amat nyata. Jika sudah ada penduduk tempatan (sumbernya daripada tulisan dan catatan Light sendiri) sebelum datangnya Francis Light, maka sudah tentu pada logik dan pemikiran rasional kita, adanya sejarah dan warisan penduduk tempatan Melayu-Islam juga.

Sejarah Pulau Pinang bermula lebih lama daripada 1786. Apakah Melayu di Pulau Pinang sebelum 1786 disebut sebagai ‘a band of natives’ saja yang tiada sejarah? Jelas, banyak penulisan/catatan seperti itu dan dalam buku ilmiah mempamerkan satu penghinaan kepada Melayu dalam sejarah Pulau Pinang.

Sesi Pengisahan Melayu di Pulau Pinang, sebahagian daripada The Penang Story 2002, serta beberapa kertas kerja menyentuh asal usul Melayu Pulau Pinang amat menyedihkan dan memalukan. Ia mendaifkan dan menafikan satu identiti dan tamadun kepada kedudukan dan kewujudan Melayu di Pulau Pinang. Wacana persejarahan dan wacana popular meminggirkan tamadun awal Melayu di Pulau Pinang.

Sebelum saya melontarkan beberapa cadangan, saya ingin mencatatkan rasa dukacita kepada pihak berwajib kerana membiarkan peminggiran sejarah kedua-dua penempatan awal berkenaan. Kawasan kampung Batu Uban sebagai contoh, wujud pada awal 1700 dalam jalinan perhubungannya dengan Batu Bara di Sumatera dengan sebuah masjid (1734) dan kawasan perkuburan yang menjadi bukti alam Melayu-Islam itu sudah sekian lama dipinggirkan.

Malah keluasan kampung itu pun dengan mengecil kelilingi dengan bangunan tinggi. Mengapa ini dibenarkan pihak berkuasa, termasuk kerajaan tempatan? Saya menyeru Kerajaan Pusat, terutama Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan menerusi jabatan dan agensinya mempertahankan kedua-dua kampung berkenaan daripada hilang daripada peta Malaysia dan alam Melayu.

Juga pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan Melayu perlu tampil ke hadapan dengan perancangan rapi dan berpemikiran jauh. Kita tidak boleh mengharapkan badan warisan tersedia ada. Apakah kita ingin biarkan kubur dan masjid hampir 300 tahun itu dimusnahkan dengan sekelip mata saja?

Beberapa tindakan perlu diwujudkan dalam mengubah dan mengembalikan beberapa nama tempat di Pulau Pinang kepada nama asal Melayu. Banyak nama tempat dan jalan sudah ditukar. Kita khuatir alam Melayu Pulau Pinang kian dilihat seperti ‘ghetto’ akibat pertembungan kemiskinan ekonomi dengan kemiskinan sejarah.

Penulis ialah pengkaji sejarah Melayu Pulau Pinang

10 Soalan Mengenai Siapa Diri Kita Sebenarnya?

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang m ani s adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata “Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.” Lalu sambil berkata,”Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini”, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan…

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya. ..

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah org yg KEDEKUT ?

Orang yg kedekut ialah orang yg membiar atau membuang email ini begitu sahaja, malah dia tidak menyampaikan pula pada org lain. …

err..ayat yang last kat atas tu, bukan saya tulis, tapi termasuk dalam pakej email tu… :D , Semoga dapat di ambil pengajaran dan ruang untuk muhasabah diri kita sendiri.

SENARAI JUTAWAN DUNIA

NEW YORK: Berikut senarai 100 orang terkaya di dunia pada tahun 2010 yang dikeluarkan Majalah Forbes:

Rank Name Citizenship Age Net Worth ($bil)
1 Carlos Slim Helu & family Mexico 70 53.5
2 William Gates III United States 54 53
3 Warren Buffett United States 79 47
4 Mukesh Ambani India 52 29
5 Lakshmi Mittal India 59 28.7
6 Lawrence Ellison United States 65 28
7 Bernard Arnault France 61 27.5
8 Eike Batista Brazil 53 27
9 Amancio Ortega Spain 74 25
10 Karl Albrecht Germany 90 23.5
11 Ingvar Kamprad & family Sweden 83 23
12 Christy Walton & family United States 55 22.5
13 Stefan Persson Sweden 62 22.4
14 Li Ka-shing Hong Kong 81 21
15 Jim Walton United States 62 20.7
16 Alice Walton United States 60 20.6
17 Liliane Bettencourt France 87 20
18 S. Robson Walton United States 66 19.8
19 Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud Saudi Arabia 55 19.4
20 David Thomson & family Canada 52 19
21 Michael Otto & family Germany 66 18.7
22 Lee Shau Kee Hong Kong 82 18.5
23 Michael Bloomberg United States 68 18
24 Sergey Brin United States 36 17.5
24 Charles Koch United States 74 17.5
24 David Koch United States 69 17.5
24 Larry Page United States 37 17.5
28 Michele Ferrero & family Italy 83 17
28 Kwok family Hong Kong NA 17
28 Azim Premji India 64 17
31 Theo Albrecht Germany 88 16.7
32 Vladimir Lisin Russia 53 15.8
33 Steven Ballmer United States 54 14.5
33 Robert Kuok Malaysia 86 14.5
35 George Soros United States 79 14
36 Anil Ambani India 50 13.7
37 Paul Allen United States 57 13.5
37 Michael Dell United States 45 13.5
39 Mikhail Prokhorov Russia 44 13.4
40 Birgit Rausing & family Sweden 86 13
40 Shashi & Ravi Ruia India 66 13
42 Mikhail Fridman Russia 45 12.7
43 Jeffrey Bezos United States 46 12.3
44 Savitri Jindal India 60 12.2
45 Donald Bren United States 77 12
45 Gerald Cavendish Grosvenor & family United Kingdom 58 12
45 John Paulson United States 54 12
48 Abigail Johnson United States 48 11.5
48 Jorge Paulo Lemann Brazil 70 11.5
50 Roman Abramovich Russia 43 11.2
51 Susanne Klatten Germany 47 11.1
52 Iris Fontbona & family Chile NA 11
52 Forrest Mars Jr United States 78 11
52 Jacqueline Mars United States 70 11
52 John Mars United States 73 11
52 Ronald Perelman United States 67 11
57 Oleg Deripaska Russia 42 10.7
58 Vagit Alekperov Russia 59 10.6
59 Leonardo Del Vecchio Italy 74 10.5
59 Carl Icahn United States 74 10.5
61 Vladimir Potanin Russia 49 10.3
62 Philip Knight United States 72 10.2
63 Ricardo Salinas Pliego & family Mexico 54 10.1
64 Mohammed Al Amoudi Saudi Arabia 65 10
64 Ernesto Bertarelli & family Switzerland 44 10
64 Anne Cox Chambers United States 90 10
64 George Kaiser United States 67 10
64 Hans Rausing Sweden 84 10
64 Joseph Safra Brazil 71 10
70 Alexei Mordashov Russia 44 9.9
71 Viktor Rashnikov Russia 61 9.8
72 German Larrea Mota Velasco & family Mexico 56 9.7
73 Sheldon Adelson United States 76 9.3
74 Silvio Berlusconi & family Italy 73 9
74 Dan Duncan United States 77 9
74 Kushal Pal Singh India 78 9
77 Nasser Al-Kharafi & family Kuwait 66 8.7
77 Francois Pinault & family France 73 8.7
79 Dmitry Rybolovlev Russia 43 8.6
80 Iskander Makhmudov Russia 46 8.5
80 James Simons United States 71 8.5
82 Alberto Bailleres & family Mexico 77 8.3
83 German Khan Russia 48 8.2
84 Eliodoro, Bernardo & Patricia Matte Chile 64 8.1
85 Edward Johnson III United States 79 8
86 Kumar Birla India 42 7.9
87 Sunil Mittal India 52 7.8
88 John Fredriksen Cyprus 65 7.7
89 Serge Dassault & family France 84 7.6
89 Petr Kellner Czech Republic 45 7.6
89 Ananda Krishnan Malaysia 71 7.6
89 Tadashi Yanai & family Japan 61 7.6
93 Mohamed Bin Issa Al Jaber Saudi Arabia 51 7.5
93 Leonard Blavatnik United States 52 7.5
93 David & Simon Reuben United Kingdom 67 7.5
93 Nobutada Saji & family Japan 64 7.5
93 Alain & Gerard Wertheimer France NA 7.5
93 Vladimir Yevtushenkov Russia 61 7.5
99 August von Finck Germany 80 7.3
100 Lee Kun-Hee South Korea 68 7.2

Berdasarkan senarai 100 orang kata atas ni, ada beberapa perkara yang boleh dipelajari:

1. Umur paling tua di kalangan bilionair ni adalah 90 tahun iaitu Karl Albrecht dari jerman dan Anne Cox Chambers dari US, manakala individu paling muda pula adalah Sergey Brin yang berumur 36 tahun dan Larry Page yang berumur 37 tahun, kedua-duanya dari US;
2. Dua bilionair malaysia iaitu Robert Kuok di tangga ke 33 dan Ananda Krishnan di tangga ke 89. Hebat jugak bilionair Malaysia ni;
3. Bilionair dari negara US adalah paling ramai dengan 33 orang, Russia 13, India 9, Jerman 5, Perancis 5 manakala wakil Malaysia 2 orang sahaja sama dengan UK;
4. Hanya 4 bilionair Muslim (4%) iaitu 3 dari Arab Saudi dan 1 dari Kuwait, tetapi saya tidak pasti sama ada seorang bilionair dari Russia yang bernama Iskander Makhmudov tu Islam atau tidak; dan
5. Bilionair Melayu Malaysia yang saya dapat kesan adalah Syed Mokhtar AlBukhary di tangga ke 655 dengan aset USD 1.5 bilion. Jauh bebenor rasanya gap tu..